Saturday, April 17, 2010

sekolah mana


Anak pertama I nak masuk darjah satu tahun depan, tak tau nak antar pegi sekolah mana, I daftarkan sekolah yang agk jauh sebab I rasa sekolah tu bagus. Tapi nak hantar nak ambik...mmmm macam tak mungkin plak. Tapi nak hantar ke kawasan rumah I, I takut nanti anak I tak 'selamat.' Alih-alih I nak antar pegi sekolah agama dekat gak ngan umah I, sebab budak sebelah mah sekolah sana dan I tengok attitude dia memang ok gak. Tapi mungkin parent dia pandai didik anak kot. Anak sulung I ni manja sangat, lelaki sebab jarak dengan adik2 dia jauh gak, penagsuh ramai, papa dia memang all the time yes, yes, yes. Tapi problemnya nak masuk ada ujian, ini yang menakutkan I. Boleh ke dia buat. Baca pun tak berapa pandai, ada lagi sebulan setengah lagi nih. So sekarang I memang dah jadi part time guru tuisyen dia, itulah dulu semua serahkan kat cikgu skolah dia. Beli macam2 buku, tapi nak pujuk soh belajar mak aiii, pening kepala dok fikir macammana. But i'll try my best. Nampak macam ok cikit. Harap2 berpanjangan lah. Kadang2 terdetik kat hati kalau anak aku masuk skolah ni I kena berubahlah, nanti mahu dia berceramah dengan I, mulut dia tu mak aiiiii boleh tahan gak ler. Ye la itukan skolah agama, mama dia ni kan 'rock' lagi. Tapi bila pikir2 balik memang harus hantar ke skolah ni sebab mama dia memang dah 'rock' tak tau bila nak betulnye, jadi biarlah anak I di beri pendidikan agama yang secukupnya dan yang sebetulnya kat skolah tu, walaupun sepatutnyaI yang harus jadi pendidik dia dulu. Harap2 nanti ada sesuatu juga untuk mama ngan papa. Zeeshaan do ur best dan jadi contoh untuk adik Nabil dan Zulaikha ok. Wassalam.

No comments: