Hmmmm.... kahwin dengan warganegara asing????. Sekarang ramai rakyat malaysia yang kahwin dengan warganegara asing (termasuklah mummy gaga sendiri), tak kira perempuan atau lelaki, tak kira bangsa dan agama. Rata-rata orang cakap pasal hal ni, sama ada baik atau buruk. Baik sikit, buruk banyakkkk!!!. Tapi betul ke banyak buruk dari baik?. Kalau cakap kahwin dengan orang luar ni mesti tanya
"orang mana? ", kalau cakap dengan "orang putih" mesti dapat feedback "wow"!!!! Mana kau jumpa? Mesti handsome kan! Mesti dia romantik gilerrr, anak kau nanti mata birulah, tak ade ke kawan-kawan dia yang single, tolong introduce kat aku. Apa orang kata, boleh angkat hidung tinggi2 walau hidung tak mancung macam husband kita,he he he. Kalau cakap kahwin dengan dengan orang dunia ketiga iaitu a'bangla', atau mamat pakistan, muka diaorang 'sure'nye lain. Kalau kawan tu jenis nak jaga hati kita dia akan cakap oh ye ke, kau cakap bahasa apa dengan dia?. Kalau yang mulut memang tak ada insurans dia akan cakap 'apa orang pakistan??? eeeiii dia tak kuat cemburu ke? kau masak capati ler hari2, kau dah tak boleh bersosial lah yer, kau itu kau ini dan yang paling menyampah dengar (maaf 18sx) dia kuat @$#* tak? eiiii berbulu telinga dengar. Yang hampeh sekali kalau yang memang tak berpengetahuan luas akan cakap 'dia dah masuk islam ke'? Hello ok tolong belajar sikit. Itulah yang i kena dengar saban hari. DISKRIMINASI......tak payah cakap nasi baiklah I ni jenis yang memang kebal. Semua tu pendamkan saja. Untuk pengetahuan semua i ni ada bisnes sendiri, tentunya dengan husband i dan i ada cawangan di satu kompleks kerajaan ni di mana mostly orang melayu le kat situ. Bayangkan feedback orang orang kat situ dengan i dan husband i, mula2 tu memang bertempayan jugak air mata ni tumpah. Tapi nasib baik husband i bagi kata semangat, macam macam hal jadi sebab tak puas hati ada orang pakistan berniaga kat situ. tapi kita orang tak ambik port sangat, cuma kekadang husband i memang ler terlepas. I selalu marahkan dia jangan balas, diamkan aja. Tapi lama2 I pulak jadi macam dia (sikit2 jer la, he he he...) sebab yang dah terpendam kot lama2 meletup jugaklah. I pernah tengah pantang terpaksa kehulu kehilir sebab ade aje yang nak buat hal. Keluar masuk balai polis jangan ceritalah, semua tu dengkiiiii...!!!!! Tapi nak cakap macammana kan memang sikap orang melayu macam tu kan. Tapi alhamdulillah berkat kitaorang bersabar dan selalu buat 'donno' saja lama2 benda tu kurang. Tapi tak tau ler belakang kitaorang. Korang semua tahu tak apa yang paling pedih mereka cuba menidakkan hak i, I ni orang melayu kan? Mereka cuba nak sekat rezeki I, ada meeting aje keluar pasal pakistan ni. Habis kalau diaorang sekat rezeki 'pakistan' ni, diaorang jugak sekat rezeki pompuan melayu ni, anak2 dia sekali, parents dia, adik2 dia. Takkan sebab i kawin dengan pakistan i nak kena jadi 'pengemis'. I tak boleh hidup senang macam diaorang? I kena ikut husband I balik sana!! Excuse me....tapi alhamdulillah rezeki i bertambah. Dapat tambah cawangan. Mak ooii lagi ler berbulu diaorang ni. Tapi apapun I berterima kasih dengan orang yang back-up I. Mungkin tanpa diaorang ni I pun tak dapat sukses macamni. Hhaaa...! ada satu lagi ada sorang "kawan" ni. Selalu sangat perli cakap my husband ni 'sayang 'sangat kat i ni sebab i ni selalu kat umah tak datang tolong buat bisnes dengan husband I. Sekali sekala aje nampak muka. Sebab dia ingat I ni dah jadi typical bini pakistan yang kena duduk rumah buat keja rumah dan jaga anak2, hellloo kawan, my husband sediakan I 2 maid untuk buat keja rumah dengan jaga anak, dan kemudahan yang lain lain. Satu lagi yang i sakit hati bila diaorang cakap tak takut ke dia kawin satu lagi kat sana nanti (kat pakistan) atau dia tak ada bini ke kat sana? Helloo kawan, kenapa soalan tu nak ditanya kat I kat sini saja dah berlambak kita tengok husband curang, depan mata korang pun bersepah, tak pulak korang nak tanya, but WHY ME???? apa yang nak jadi dengan my life biarler I jaga sendiri. Jaga jelah tepi kain korang tu. Tapi alhamdulillah takat sekarang ni takderla benda2 camgitu. Without my awareness tak taulah kan. Wallahuallam. My husband bukan typical pakistani ok. His an educated one. Mungkin ada juga dia punya mind macam typical pakistani tapi yang acceptable dan yang boleh di ubah. I bukan nak kata yang my husband bagus tapi tak worse macam sesetengah pakistani yang i kenal. Mungkin tu lah yang i pun kena penangan sekali macam orang kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Sebab I memang ada kenal dengan pompuan2 melayu yang kawin dengan pakistani ni. Memang I rasa bertuah sangat berbanding dengan diaorang ni. Memang life sesetengah diaorang ni macam typical pakistani woman tapi satu you need to earn money. Tak macam pakistani woman kat sana duduk rumah jaga anak, jaga rumah, jaga laki. Tapi tak taulah, cuma sekarang ni I nak tanya kepada korang2 kat luar sana yang kawin orang asing tak kira lah dari mana. Hows ur life?. Banyak lagi I nak luahkan ni sebenarnya tapi lain kali lah ok. Bye wassalam.

No comments:
Post a Comment