Makan tidur, makan tidur, begitu sinonim dengan aku. Semua disediakan oleh pembantu, anak2 pun lebih manja dengan pembantu. aku tak mau lagi macamnilah. penyakit pun dah sampai. Jadi aku sekarang tengah mencuba bebrapa pekara untuk 'reduce'. Now aku cuba buat hampir semua kerja sendiri, yang aku mampu dan sempatlah. Sekarang aku nak jadikan maid aku 'PEMBANTU RUMAH' bukannya seperti sebelum ini semua dia buat, dia hanya membantu, ingat tu membantu! Sekarang ni bila aku buat macamni aku rasa kelainan penerimaan anak aku terhadap aku, kalau dulu bibik 1st, semua cari bibik, kalau tengah main dengan aku bila bibik lalu terus nangis nak ikut bibik, sedih hati aku, padan dengan muka. Jadi aku ni macam mak sedara diaorang jela, boleh main sekejap-sekejap. Dulu anak kedua tidur dengan bibik sebab aku tak larat tengah mengandungkan anak ke tiga, asma aku pun teruk and anak aku pun menjadi-jadi asmanya. Bila aku dah bersalin aku pun biarkan kerana budak tu rapat sangat dengan bibik dia, aku pun dalam hati "horreyy". Tapi bila aku nak dia tidur dengan aku balik dia tak mau, tengah malam jaga cari bibik. Bibik datang semua ok. Aku rasa macam aku ni bukan mak dia, sedihhh sangat. So sekarang alhamdulillah semua nampak normal, walaupun aku kepenatan. Anak-anak tau cari aku. By the way alhamdulillah dapat maid macam maid aku sekarang ni, dia jaga anak aku macam anak sendiri. Dulu aku ada dua maid, sorang dah berhenti, kalau tak memang aku tak pandang apa2 kat dalam rumah, semua beres! Sekarang aku dah bahagikan tugas dengan maid aku, kalau aku tak sibuk dan tak perlu keluar kerja pagi2 aku akan bereskan semua kerja bahagian atas rumah dan masak. Jaga anak2 bila maid aku ada kerja yang perlu dibuat. Jadi takdelah depan belakang nak kena gendong anak2. Selepas siap semua kerja rumah dan masak baru aku keluar, kadang2 aku tunggu anak sulung aku balik sekolah dulu lebih kurang pukul 12.30pm. Tolong dia buat kerja sekolah dan ajar dia membaca. Jadi sekarang aku rasa aku jadi ' MAMA yang baik sikit, tapi banyak lagi nak kena improve hehehe. Tapi aku kena banyak belajar, berfikir dan praktik, macammana aku nak buat kerja dengan senang dan cepat, WORK SMART, NOT WORK HARD'. Insyaallah dalam lain catatan aku akan tuliskan cara-cara untuk 'WORK SMART NOT WORK HARD', tapi cara aku le, alah macam cerita "perfect Housewife' tu, wassalam.
Monday, May 10, 2010
i need to change the way of my life
Tiap hari bukak 'paper', bukak tv cerita jenayah tak habis-habis, fobia nak keluar rumah.Duit dalam dompet tak cukup pun diaorang bunuh, banyak duit pun diaorang bunuh. Macam-macam manusia sekarang ni. Tak ada hati perut. Tadi baca cerita pasal budak mati 'accident' sebab beg tersangkut kat pintu bas. Terus dalam hati ingat tak nak bagi anak naik bas pergi sekolah lagi. Tapi bila pikir-pikir balik dah namanya 'accident'. I ni pernah 'accident' lebih kurang 15 tahun dahulu, sejak dari hari tu I memang fobia. Mula2 belajar drive memang 'ketaq' kepala lutut. Dan sampai hari ni kalau naik kereta orang lain yang bawak I akan sentiasa menekan brek sendiri (he he he). Bayangkan I kalau balik kampung nun jauh di utara selama 8 jam , I tak boleh tidur langsung walaupun waktu malam dan I ngantuk sangat. I memang tak percaya dengan 'sapa sapa' yang drive. Sebab tu kadang-kadang I suka balik kampung naik bas. Rasa macam selamat, sebab I tak nampak apa ada kat depan. jangan le ambik seat depan sekali kan. My husband selalu cakap yang I ni a good driver. Yes i admit yang I ni a good driver, sebabnya I fobia, jadi I akan memandu dengan berhati-hati sangat, orang laintak suka takpa, janji i selamat. That day, on the way from kl to shah alam i nampak satu accident, berderau darah I sebab budak sekolah kena langgar on the highway, pelik macammana budak sekolah tu boleh tergolek kat situ, takkan dia cross kot, i dengan my husband cuma geleng kepala dan beristghfar, tp I macam trauma sikit sebab teringat dengan anak kat umah. Hai janganlah korang buat keja macamni nanti. I bab budak-budak ni memang sensitif sangat. Jadi dari hari ke hari I akan lebih berhati-hati walaupun kekadang orang lain tak!. Kekadang kat kawasan rumah I tu I bengang sangat dengan orang yang bawak laju-laju, hei! tak nampak ke budak2 ramai tengah main. Satu lagi ada budak sorang ni, I tak pasti umur berapa, tapi dalam sekolah rendah lagi, bawak motor mak aiii.... bukan main laju, tak pakai helmet pulak tu. Memang sah takde lesen, kekadang naik bertiga dengan adik-adiknya yang I rasa tak sampai 3tahun, kalaulah jatuh, terlanggar orang ke apa-apa, macammana, sape nak jawab, nanti jadi macam iklan kat radio tu 'alahai anak abah'. Jadi kepada parents tolonglah pantau anak2 tu sikit, jangan nanti menyesal, atau buat orang lain menyesal. Kalau lah parents takder kat umah masa tu, sorokkan kunci motor tu. Kalau anak2 dengan bibik kekadang bibik tu tak kuasa nak larang. Ingattt!!! Jangan jadi macam Aminurrasyid!Sekarang tak tau nak salahkan siapa.
Subscribe to:
Comments (Atom)

