Monday, May 10, 2010

i need to change the way of my life

Makan tidur, makan tidur, begitu sinonim dengan aku. Semua disediakan oleh pembantu, anak2 pun lebih manja dengan pembantu. aku tak mau lagi macamnilah. penyakit pun dah sampai. Jadi aku sekarang tengah mencuba bebrapa pekara untuk 'reduce'. Now aku cuba buat hampir semua kerja sendiri, yang aku mampu dan sempatlah. Sekarang aku nak jadikan maid aku 'PEMBANTU RUMAH' bukannya seperti sebelum ini semua dia buat, dia hanya membantu, ingat tu membantu! Sekarang ni bila aku buat macamni aku rasa kelainan penerimaan anak aku terhadap aku, kalau dulu bibik 1st, semua cari bibik, kalau tengah main dengan aku bila bibik lalu terus nangis nak ikut bibik, sedih hati aku, padan dengan muka. Jadi aku ni macam mak sedara diaorang jela, boleh main sekejap-sekejap. Dulu anak kedua tidur dengan bibik sebab aku tak larat tengah mengandungkan anak ke tiga, asma aku pun teruk and anak aku pun menjadi-jadi asmanya. Bila aku dah bersalin aku pun biarkan kerana budak tu rapat sangat dengan bibik dia, aku pun dalam hati "horreyy". Tapi bila aku nak dia tidur dengan aku balik dia tak mau, tengah malam jaga cari bibik. Bibik datang semua ok. Aku rasa macam aku ni bukan mak dia, sedihhh sangat. So sekarang alhamdulillah semua nampak normal, walaupun aku kepenatan. Anak-anak tau cari aku. By the way alhamdulillah dapat maid macam maid aku sekarang ni, dia jaga anak aku macam anak sendiri. Dulu aku ada dua maid, sorang dah berhenti, kalau tak memang aku tak pandang apa2 kat dalam rumah, semua beres! Sekarang aku dah bahagikan tugas dengan maid aku, kalau aku tak sibuk dan tak perlu keluar kerja pagi2 aku akan bereskan semua kerja bahagian atas rumah dan masak. Jaga anak2 bila maid aku ada kerja yang perlu dibuat. Jadi takdelah depan belakang nak kena gendong anak2. Selepas siap semua kerja rumah dan masak baru aku keluar, kadang2 aku tunggu anak sulung aku balik sekolah dulu lebih kurang pukul 12.30pm. Tolong dia buat kerja sekolah dan ajar dia membaca. Jadi sekarang aku rasa aku jadi ' MAMA yang baik sikit, tapi banyak lagi nak kena improve hehehe. Tapi aku kena banyak belajar, berfikir dan praktik, macammana aku nak buat kerja dengan senang dan cepat, WORK SMART, NOT WORK HARD'. Insyaallah dalam lain catatan aku akan tuliskan cara-cara untuk 'WORK SMART NOT WORK HARD', tapi cara aku le, alah macam cerita "perfect Housewife' tu, wassalam.

No comments: