Wednesday, January 26, 2011

Coolio - I'll C U When U Get There



ke mana arahnya....

Coolio - Gangsta's Paradise ft 2Pac, Snoop Dogg & BIG (NickT Remix)



ke mana arahnya....

Tuesday, January 25, 2011

birthday my 1st son n rumah terbuka raya 2010
"birthday zeeshaan yang ke enam, memang meriah sebab budak2 memang suke dgn clown"
Memang lama dah teringin nk buat makan-makan tapi ada saje yg menghalang terutamanya bajet n approval dari my hubby, for him buat sikit sikit saje. So i planned nak buat birthday party anak I, ingat nak buat kecik2 aje....tup tup jadi besar pulak dah.

Entah macam mana tah my hubby boleh approve..... syokler teman. Tapi lain kali dah tak nak masak sendiri dah, sikit boleh, ini 90% masak sendiri, mak aiiii penat giler...Next time catering aje. tp mmg meriah x sangka boleh dikatakan yg mana dijemput 90% datang even some of them dah rumah terbuka yang ke tujuh.....Thanks uols. N one more thing kengkawan masa mass comm dulu datang after more than 10 years x jumper, i love uols.

N kepada jiran-jiran yg datang thanks a lot sbb x sangka, i just hantar invitation kat pos box aje..... some of them mmg i x cam pon. (memang I ni jenis hampeh punya neighbor).


thanks a lot juga kepada my workers yg bertungkus lumus memasak n meniup belon n mendecorate kan party n membersihkan rumah n everything n etc..... kalau x der diaorang konpem demam.

Saturday, May 22, 2010

minyak kelapa dara

MINYAK KELAPA DARA

(I dapat sumber ni dari internet. Anak I ada asma yang teruk, ada seorang doktor sarankan I bagi minyak kelapa dara ni, jadi I nak kongsikan artikel ni bersama-sama)

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa 'organik' yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair ('solvent' ) untuk mendapatkan keputusan yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57%, dan capric acid sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.

Struktur bonding lauric asid dan capric asid
Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding jangka hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.
Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara Bio-Asli selain dari ciri-ciri di atas ialah, ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi daripada 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.
Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 50% lauric acid dan 6-7% capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori 'medium chain fatty acid' yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat Antiviral, antibakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan 'lipid coated' virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, Beberapa bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Keputusan beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terkini telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh 'lipid coated DNA dan RNA viruses' termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam 'An Ilsi North America Special Conference' telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai 'Functional Food' yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan / diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai 'functional food', jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lain-lain.

KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60% fatty acids. 50% dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7% adalah merupakan capric acid.
Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat 'fatty acid derivative' yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.

Rangkaian Minyak Kelapa Dara Bio-Asli
Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat Antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh
tubuh samada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada 'envelope' virus yang menyebabkan Disintegrasi 'envelope' berkenaan. Hal ini meliputi virus seperti HIV herpes, cytomegalovirus, influenza, beberapa bacteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia

Saperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi 'trans fatty acids' yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. ('Trans fatty acids' boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang menghidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

KENYATAAN PAKAR berhubung MINYAK KELAPA DARA.
"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia."
Dr. Bruce Fife:

Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.

"Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit".
Dr. John J. Kabara, Ph.D
Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology (Universiti Michigan-USA)

"Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda ".
Dr. Mark Atkinson
Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH AS BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

"Minyak Kelapa Dara adalah salah satu 'functional food' yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik. "
Prof. Mary G. Enig: Director, Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA

Minyak Kelapa Dara - Pemusnah Virus, Bakteria dan Protozoa
Kandungan lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat Antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan Antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan. Kebanyakan daripada organisma pathogen yang dilapurkan tidak aktif dan musnah dengan tindakan antimicrobial lipids adalah di ketahui Organisma yang bertanggung jawab sebagai 'opportunustic infections' bagi individu yang HIV positif
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)

Jenis-jenis Lipid coated Virus



Jenis Penerangan

Virus Human Immunodeficiency virus HIV-1 or HIV +

Virus Herpes simplex virus-1 (HSV-1)

Virus Herpes simplex virus-2 (HSV-2)

Virus Herpes viridae (all)

Virus Human lymphotropic viruses (type 1)

Virus Vesicular stomatitis virus (VSV)

Virus Visna virus

Virus Cytomegaloviru

Virus Epstein-Barr virus

Virus Influenza virus

Virus Leukemia virus

Virus Pneumonovirus

Virus Sarcoma virus

Virus Syncytial virus

Virus Rubeola virus





Jenis-jenis Lipid coated Bacteria



Jenis dekripsi

Bacterium Listeria monocytogenes

Bacterium Helicobacter pylori (gram negative)

Bacterium Hemophilus influenzae (gram





KEUPAYAAN PENYEMBUHAN MINYAK KELAPA DARA

Penyakit yang berjaya diubati





1. Diabetes

2. Thyroid

3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)

4. Kedutan pada kulit

5. Kulit kering dan kasar

6. Kulit gatal

7. Kulit mengelupas

8. Kurap dan panau

9. Jerawat

10. Eczema

11. Psoriasis

12. Arteries tersumbat

13. Sakit jantung

14. Jangkitan kulat pada kuku

15. Kuku lembut dan mudah patah

16. Arthritis

17. Resdung

18. Rambut terbelah

19. Rambut gugur

20. Kudis

21. Sukar tidur

22. Hormon tak seimbang

23. Demam dan selsema

24. Kanser kulit

25. Tekanan darah tinggi

26. Kabur penglihatan

27. Masalah prostate

28. 'Under weight' - kekurangan berat badan

29. 'Over weight' - lebih berat badan

30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)

31. Sembelit

32. Ruam kulit

33. Migrain









Tips penggunaan Minyak

Kelapa Dara Desaku.



1. Boleh menggantikan sebarang penggunaan minyak dalam makanan.

2. Jika disimpan di dalam peti sejuk, boleh digunakan sebagai ganti butter, magerine untuk lepa dan adunan kek atau biskut.

3. Boleh diambil / diminum begitu sahaja.

4. Boleh dicampurkan dengan sebarang jenis minuman (panas atau sejuk) seperti minuman teh herba, madu, lemon, atau lain-lain.

5. Boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, bahan untuk panggang, disapu pada roti atau biskut 'crackers'.

6. Sesuai digunakan untuk rambut dan losyen badan.

7. Selalu digunakan sebagai kondisioner rambut dan kulit (scalp) kepala.

8. Boleh dianggap sebagai 'makanan kulit' ('skin food').

9. Digunakan dalam merawat penyakit gatal-gatal kulit, ruam, ruam lampin, menghilangkan kesan gigitan nyamuk, kulit retak, kulit kasar dan keras dan sebarang masalah kulit yang tidak terlalu teruk.

10. Boleh diberikan / dicampurkan dalam makanan haiwan peliharaan bagi menghasilkan bulu yang gebu berkilat.



Testimoni pengguna (I)

Minyak Kelapa Dara

"Saya telah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan untuk mengatasi masalah kulit gatal pada bahagian betis, sehingga saya menemui Minyak Kelapa Dara. Ia benar-benar memberikan saya kelegaan dengan cepat. Selepas 2 minggu penggunaannya, saya dapati tanda-tanda merah dan bengkak menghilang. Selepas 2 bulan, saya sangat pasti bahawa penyakit kegatalan saya benar-benar telah sembuh. "

Beth Morrissey; Baker City, OR

"Saya telah menderita penyakit arthritis pada paha, lutut dan kaki. Saya juga mengalami beberapa masalah kulit kering yang teruk, disamping lebihan berat badan sekitar 30 paun. Dengan turun Minyak Kelapa Dara saya masih tetap tidak mengubah tabiat pemakanan saya. Dalam masa sekitar 2 minggu, masalah kulit saya menghilang disamping tanda-tanda ia kembali seperti waktu remaja. Berat badan juga turun secara perlahan tetapi konsisten dan paling menggembirakan saya tenaga meningkat berbanding waktu-waktu dahulu. Saya juga mula merasakan kelembutan dan kelancaran sendi-sendi, dan tiada lagi rasa ngilu serta sakit. Sesungguhnya VCO adalah losyen yang menakjubkan, boleh digunakan tanpa mengira masa, walaupun sebaik-baiknya digunakan selepas mandi. Sementara 2 ekor anjing saya amat menggemarinya. Sesungguhnya VCO adalah suatu yang luar biasa bagi keluarga saya, kerana lantaranya kehidupan kami (terutama kesihatan) meningkat diluar jangkaan. "

Bobbie Bonnickson; Ridgefield, WA

"VCO telah mengubah kesihatan saya. Bukan sahaja saya kehilangan berat badan, tetapi kulit saya juga yang sebelum ini mengelupas dan mudah ditumbuhi jerawat, kuku saya yang terlalu lembut serta selalu patah, sementara rambut saya yang selama ini terbelah hujung kini telah sihat kembali dan tidak lagi menimbulkan masalah. Yang menakjubkan ia berlaku terlalu singkat dan mudah, dengan hanya saya menambah pada sarapan pagi saya. Juga kejayaan terbesar saya dari aspek kesihatan ialah saya dapat mengatasi masalah keletihan yang kronik, masalah tidur, kekurangan hormon, dan mampu mengelak dari demam dan selsema. Bravo VCO. "

J Newman; Monterey, CA

"Keluarga saya semuanya memuat VCO (Minyak Kelapa Dara) secara konsisten setiap hari. Saya dapati berat badan saya stabil pada paras yang sesuai dengan tahap umur saya, tanpa saya perlu mengikuti diet yang ketat lagi menyeksakan. Suami saya di usianya yang ke 76 tahun kini mampu bergembira kerana ia tidak lagi menerima bil kesihatan yang membebankan ke atas masalah tekanan darah tinggi, kanser kulit, kemerosotan daya penglihatan, dan yang terakhir adalah masalah prostatenya. Kini kami sekeluaraga benar-benar merasakan VCO telah memberikan kami kehidupan yang baru. "

Dorothy Rutledge; Hayden, ID

"Saya seorang lelaki yang mengalami kekurangan berat badan. Sudah sekian tahun saya cuba untuk 'mengandungi'. Memakan hampir kesemua yang saya lihat dan rasanya melebihi dari sesiapa juga. Dengan keadaan tubuh saya yang kurus saya tidak punya tenaga sekuat orang yang bertubuh besar. Keadaan ini menjadikan banyak masalah kepada saya didalam pekerjaan.Tetapi seperti yang semua maklumi, memakan kesemuanya boleh mendatangkan masalah kesihatan dikemudian hari. Oleh itu saya terpaksa mempelajari dan mengamalkan erti amalan diet yang baik. Dengan Minyak Kelapa Dara masalah berat saya meningkat keparas yang menyihatkan. Minyak Kelapa Dara telah menjadi tambahan yang menakjubkan di dalam diet saya. "

Kent Porter; Preston, MY

"Setiap hari kami menggunakan Minyak Kelapa Dara bagi luaran dan dalaman. Suami saya mengambil (meminum) satu sudu makan setiap pagi, sementara saya menyapukannya pada muka dan leher. Ia saya dapati cemerlang sebagai pelembab dan ia menambah cahaya pada kulit saya yang tidak ada produk lain yang mampu melakukannya. Hasilnya kedutan kulit berkurang, lebih lembut, lebih licin dan gebu.Suami juga merasakan banyak kebaikan dengannya. "

-Linda Gibson; Rockmart, GA







RESDUNG

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik , keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.



Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, turun Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan / menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi memuat ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

20 tahun menghidap resdung

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin terutama pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus, mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala, disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).

Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari tahun 1999 hingga 2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan diprospan tersebut, Mereka menasihati saya supaya mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko menghidap darah tinggi dan kencing manis



Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung tetap tidak juga sembuh.

Lebih malang lagi, setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi (sistolic 105 mmHg dan distolic 150 mmHg). Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolal 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Sekitar awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya



akan jadi botak. Bermacam-macam ubat serta berbagai petua saya cuba tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar cara membuatnya, Suatu yang memeranjatkan saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara Hal tersebut di sahkan oleh seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur (walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit).

Bermula dari saat itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh pelbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang. Manakala untuk kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas mandi waktu petang di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala. (Jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi memuat suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi, dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan gatal serta

berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah swt kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah swt Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda ....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya. Jika anda ragu, anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046-Ishak Bin Basiran.































































MINYAK KELAPA DARA




Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa 'organik' yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair ('solvent' ) untuk mendapatkan keputusan yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57%, dan capric acid sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.







Struktur bonding lauric asid dan capric asid



Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding jangka hayat

minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.





Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.



Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara Bio-Asli selain dari ciri-ciri di atas ialah, ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi daripada 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.



Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 50% lauric acid dan 6-7% capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori 'medium chain fatty acid' yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat Antiviral, antibakterial

dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan 'lipid coated' virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza,



Beberapa bakteria pathogen

termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Keputusan beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terkini telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh 'lipid coated DNA dan RNA viruses' termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.



Di dalam 'An Ilsi North America Special Conference' telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai 'Functional Food' yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan / diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai 'functional food', jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lain-lain.













KEHEBATAN

MINYAK KELAPA DARA



Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60% fatty acids. 50% dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7% adalah merupakan capric acid.



Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat 'fatty acid derivative' yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.



Rangkaian Minyak Kelapa Dara Bio-Asli



Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat Antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh

tubuh samada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada 'envelope' virus yang menyebabkan Disintegrasi 'envelope' berkenaan. Hal ini meliputi virus seperti HIV

herpes, cytomegalovirus, influenza, beberapa bacteria

pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia



Saperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi 'trans fatty acids' yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. ('Trans fatty acids' boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).



Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang menghidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.







KENYATAAN PAKAR

berhubung

MINYAK KELAPA DARA.



"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia."

Dr. Bruce Fife:

Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.





"Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit".



Dr. John J. Kabara, Ph.D

Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology (Universiti Michigan-USA)



"Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang

amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda ".



Dr. Mark Atkinson

Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH AS BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)



"Minyak Kelapa Dara adalah salah satu 'functional food' yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik. "



Prof. Mary G. Enig: Director, Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA











Minyak Kelapa Dara - Pemusnah Virus, Bakteria dan Protozoa





Kandungan lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat Antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan Antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan. Kebanyakan daripada organisma pathogen yang dilapurkan tidak aktif dan musnah dengan tindakan antimicrobial lipids adalah di ketahui

Organisma yang

bertanggung jawab sebagai 'opportunustic infections' bagi individu yang HIV positif



Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)











Jenis-jenis Lipid coated Virus



Jenis Penerangan

Virus Human Immunodeficiency virus HIV-1 or HIV +

Virus Herpes simplex virus-1 (HSV-1)

Virus Herpes simplex virus-2 (HSV-2)

Virus Herpes viridae (all)

Virus Human lymphotropic viruses (type 1)

Virus Vesicular stomatitis virus (VSV)

Virus Visna virus

Virus Cytomegaloviru

Virus Epstein-Barr virus

Virus Influenza virus

Virus Leukemia virus

Virus Pneumonovirus

Virus Sarcoma virus

Virus Syncytial virus

Virus Rubeola virus





Jenis-jenis Lipid coated Bacteria



Jenis dekripsi

Bacterium Listeria monocytogenes

Bacterium Helicobacter pylori (gram negative)

Bacterium Hemophilus influenzae (gram





KEUPAYAAN PENYEMBUHAN MINYAK KELAPA DARA

Penyakit yang berjaya diubati





1. Diabetes

2. Thyroid

3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)

4. Kedutan pada kulit

5. Kulit kering dan kasar

6. Kulit gatal

7. Kulit mengelupas

8. Kurap dan panau

9. Jerawat

10. Eczema

11. Psoriasis

12. Arteries tersumbat

13. Sakit jantung

14. Jangkitan kulat pada kuku

15. Kuku lembut dan mudah patah

16. Arthritis

17. Resdung

18. Rambut terbelah

19. Rambut gugur

20. Kudis

21. Sukar tidur

22. Hormon tak seimbang

23. Demam dan selsema

24. Kanser kulit

25. Tekanan darah tinggi

26. Kabur penglihatan

27. Masalah prostate

28. 'Under weight' - kekurangan berat badan

29. 'Over weight' - lebih berat badan

30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)

31. Sembelit

32. Ruam kulit

33. Migrain









Tips penggunaan Minyak

Kelapa Dara Desaku.



1. Boleh menggantikan sebarang penggunaan minyak dalam makanan.

2. Jika disimpan di dalam peti sejuk, boleh digunakan sebagai ganti butter, magerine untuk lepa dan adunan kek atau biskut.

3. Boleh diambil / diminum begitu sahaja.

4. Boleh dicampurkan dengan sebarang jenis minuman (panas atau sejuk) seperti minuman teh herba, madu, lemon, atau lain-lain.

5. Boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, bahan untuk panggang, disapu pada roti atau biskut 'crackers'.

6. Sesuai digunakan untuk rambut dan losyen badan.

7. Selalu digunakan sebagai kondisioner rambut dan kulit (scalp) kepala.

8. Boleh dianggap sebagai 'makanan kulit' ('skin food').

9. Digunakan dalam merawat penyakit gatal-gatal kulit, ruam, ruam lampin, menghilangkan kesan gigitan nyamuk, kulit retak, kulit kasar dan keras dan sebarang masalah kulit yang tidak terlalu teruk.

10. Boleh diberikan / dicampurkan dalam makanan haiwan peliharaan bagi menghasilkan bulu yang gebu berkilat.



Testimoni pengguna (I)

Minyak Kelapa Dara

"Saya telah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan untuk mengatasi masalah kulit gatal pada bahagian betis, sehingga saya menemui Minyak Kelapa Dara. Ia benar-benar memberikan saya kelegaan dengan cepat. Selepas 2 minggu penggunaannya, saya dapati tanda-tanda merah dan bengkak menghilang. Selepas 2 bulan, saya sangat pasti bahawa penyakit kegatalan saya benar-benar telah sembuh. "

Beth Morrissey; Baker City, OR

"Saya telah menderita penyakit arthritis pada paha, lutut dan kaki. Saya juga mengalami beberapa masalah kulit kering yang teruk, disamping lebihan berat badan sekitar 30 paun. Dengan turun Minyak Kelapa Dara saya masih tetap tidak mengubah tabiat pemakanan saya. Dalam masa sekitar 2 minggu, masalah kulit saya menghilang disamping tanda-tanda ia kembali seperti waktu remaja. Berat badan juga turun secara perlahan tetapi konsisten dan paling menggembirakan saya tenaga meningkat berbanding waktu-waktu dahulu. Saya juga mula merasakan kelembutan dan kelancaran sendi-sendi, dan tiada lagi rasa ngilu serta sakit. Sesungguhnya VCO adalah losyen yang menakjubkan, boleh digunakan tanpa mengira masa, walaupun sebaik-baiknya digunakan selepas mandi. Sementara 2 ekor anjing saya amat menggemarinya. Sesungguhnya VCO adalah suatu yang luar biasa bagi keluarga saya, kerana lantaranya kehidupan kami (terutama kesihatan) meningkat diluar jangkaan. "

Bobbie Bonnickson; Ridgefield, WA

"VCO telah mengubah kesihatan saya. Bukan sahaja saya kehilangan berat badan, tetapi kulit saya juga yang sebelum ini mengelupas dan mudah ditumbuhi jerawat, kuku saya yang terlalu lembut serta selalu patah, sementara rambut saya yang selama ini terbelah hujung kini telah sihat kembali dan tidak lagi menimbulkan masalah. Yang menakjubkan ia berlaku terlalu singkat dan mudah, dengan hanya saya menambah pada sarapan pagi saya. Juga kejayaan terbesar saya dari aspek kesihatan ialah saya dapat mengatasi masalah keletihan yang kronik, masalah tidur, kekurangan hormon, dan mampu mengelak dari demam dan selsema. Bravo VCO. "

J Newman; Monterey, CA

"Keluarga saya semuanya memuat VCO (Minyak Kelapa Dara) secara konsisten setiap hari. Saya dapati berat badan saya stabil pada paras yang sesuai dengan tahap umur saya, tanpa saya perlu mengikuti diet yang ketat lagi menyeksakan. Suami saya di usianya yang ke 76 tahun kini mampu bergembira kerana ia tidak lagi menerima bil kesihatan yang membebankan ke atas masalah tekanan darah tinggi, kanser kulit, kemerosotan daya penglihatan, dan yang terakhir adalah masalah prostatenya. Kini kami sekeluaraga benar-benar merasakan VCO telah memberikan kami kehidupan yang baru. "

Dorothy Rutledge; Hayden, ID

"Saya seorang lelaki yang mengalami kekurangan berat badan. Sudah sekian tahun saya cuba untuk 'mengandungi'. Memakan hampir kesemua yang saya lihat dan rasanya melebihi dari sesiapa juga. Dengan keadaan tubuh saya yang kurus saya tidak punya tenaga sekuat orang yang bertubuh besar. Keadaan ini menjadikan banyak masalah kepada saya didalam pekerjaan.Tetapi seperti yang semua maklumi, memakan kesemuanya boleh mendatangkan masalah kesihatan dikemudian hari. Oleh itu saya terpaksa mempelajari dan mengamalkan erti amalan diet yang baik. Dengan Minyak Kelapa Dara masalah berat saya meningkat keparas yang menyihatkan. Minyak Kelapa Dara telah menjadi tambahan yang menakjubkan di dalam diet saya. "

Kent Porter; Preston, MY

"Setiap hari kami menggunakan Minyak Kelapa Dara bagi luaran dan dalaman. Suami saya mengambil (meminum) satu sudu makan setiap pagi, sementara saya menyapukannya pada muka dan leher. Ia saya dapati cemerlang sebagai pelembab dan ia menambah cahaya pada kulit saya yang tidak ada produk lain yang mampu melakukannya. Hasilnya kedutan kulit berkurang, lebih lembut, lebih licin dan gebu.Suami juga merasakan banyak kebaikan dengannya. "

-Linda Gibson; Rockmart, GA







RESDUNG

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik , keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.



Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, turun Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan / menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi memuat ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

20 tahun menghidap resdung

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin terutama pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus, mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala, disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).

Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari tahun 1999 hingga 2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan diprospan tersebut, Mereka menasihati saya supaya mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko menghidap darah tinggi dan kencing manis



Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung tetap tidak juga sembuh.

Lebih malang lagi, setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi (sistolic 105 mmHg dan distolic 150 mmHg). Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolal 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Sekitar awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya



akan jadi botak. Bermacam-macam ubat serta berbagai petua saya cuba tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar cara membuatnya, Suatu yang memeranjatkan saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara Hal tersebut di sahkan oleh seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur (walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit).

Bermula dari saat itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh pelbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang. Manakala untuk kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas mandi waktu petang di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala. (Jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi memuat suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi, dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan gatal serta

berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah swt kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah swt Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda ....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya. Jika anda ragu, anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046-Ishak Bin Basiran.





















































Monday, May 10, 2010

i need to change the way of my life

Makan tidur, makan tidur, begitu sinonim dengan aku. Semua disediakan oleh pembantu, anak2 pun lebih manja dengan pembantu. aku tak mau lagi macamnilah. penyakit pun dah sampai. Jadi aku sekarang tengah mencuba bebrapa pekara untuk 'reduce'. Now aku cuba buat hampir semua kerja sendiri, yang aku mampu dan sempatlah. Sekarang aku nak jadikan maid aku 'PEMBANTU RUMAH' bukannya seperti sebelum ini semua dia buat, dia hanya membantu, ingat tu membantu! Sekarang ni bila aku buat macamni aku rasa kelainan penerimaan anak aku terhadap aku, kalau dulu bibik 1st, semua cari bibik, kalau tengah main dengan aku bila bibik lalu terus nangis nak ikut bibik, sedih hati aku, padan dengan muka. Jadi aku ni macam mak sedara diaorang jela, boleh main sekejap-sekejap. Dulu anak kedua tidur dengan bibik sebab aku tak larat tengah mengandungkan anak ke tiga, asma aku pun teruk and anak aku pun menjadi-jadi asmanya. Bila aku dah bersalin aku pun biarkan kerana budak tu rapat sangat dengan bibik dia, aku pun dalam hati "horreyy". Tapi bila aku nak dia tidur dengan aku balik dia tak mau, tengah malam jaga cari bibik. Bibik datang semua ok. Aku rasa macam aku ni bukan mak dia, sedihhh sangat. So sekarang alhamdulillah semua nampak normal, walaupun aku kepenatan. Anak-anak tau cari aku. By the way alhamdulillah dapat maid macam maid aku sekarang ni, dia jaga anak aku macam anak sendiri. Dulu aku ada dua maid, sorang dah berhenti, kalau tak memang aku tak pandang apa2 kat dalam rumah, semua beres! Sekarang aku dah bahagikan tugas dengan maid aku, kalau aku tak sibuk dan tak perlu keluar kerja pagi2 aku akan bereskan semua kerja bahagian atas rumah dan masak. Jaga anak2 bila maid aku ada kerja yang perlu dibuat. Jadi takdelah depan belakang nak kena gendong anak2. Selepas siap semua kerja rumah dan masak baru aku keluar, kadang2 aku tunggu anak sulung aku balik sekolah dulu lebih kurang pukul 12.30pm. Tolong dia buat kerja sekolah dan ajar dia membaca. Jadi sekarang aku rasa aku jadi ' MAMA yang baik sikit, tapi banyak lagi nak kena improve hehehe. Tapi aku kena banyak belajar, berfikir dan praktik, macammana aku nak buat kerja dengan senang dan cepat, WORK SMART, NOT WORK HARD'. Insyaallah dalam lain catatan aku akan tuliskan cara-cara untuk 'WORK SMART NOT WORK HARD', tapi cara aku le, alah macam cerita "perfect Housewife' tu, wassalam.
Tiap hari bukak 'paper', bukak tv cerita jenayah tak habis-habis, fobia nak keluar rumah.Duit dalam dompet tak cukup pun diaorang bunuh, banyak duit pun diaorang bunuh. Macam-macam manusia sekarang ni. Tak ada hati perut. Tadi baca cerita pasal budak mati 'accident' sebab beg tersangkut kat pintu bas. Terus dalam hati ingat tak nak bagi anak naik bas pergi sekolah lagi. Tapi bila pikir-pikir balik dah namanya 'accident'. I ni pernah 'accident' lebih kurang 15 tahun dahulu, sejak dari hari tu I memang fobia. Mula2 belajar drive memang 'ketaq' kepala lutut. Dan sampai hari ni kalau naik kereta orang lain yang bawak I akan sentiasa menekan brek sendiri (he he he). Bayangkan I kalau balik kampung nun jauh di utara selama 8 jam , I tak boleh tidur langsung walaupun waktu malam dan I ngantuk sangat. I memang tak percaya dengan           'sapa sapa' yang drive. Sebab tu kadang-kadang I suka balik kampung naik bas. Rasa macam selamat, sebab I tak nampak apa ada kat depan. jangan le ambik seat depan sekali kan. My husband selalu cakap yang I ni a good driver. Yes i admit yang I ni a good driver, sebabnya I fobia, jadi I akan memandu dengan berhati-hati sangat, orang laintak suka takpa, janji i selamat. That day, on the way from kl to shah alam i nampak satu accident, berderau darah I sebab budak sekolah kena langgar on the highway, pelik macammana budak sekolah tu boleh tergolek kat situ, takkan dia cross kot,  i dengan my husband cuma geleng kepala dan beristghfar, tp I macam trauma sikit sebab teringat dengan anak kat umah. Hai janganlah korang buat keja macamni nanti. I bab budak-budak ni memang sensitif sangat. Jadi dari hari ke hari I akan lebih berhati-hati walaupun kekadang orang lain tak!.  Kekadang kat kawasan rumah I tu I bengang sangat dengan orang yang bawak laju-laju, hei! tak nampak ke budak2 ramai tengah main. Satu lagi ada budak sorang ni, I tak pasti umur berapa, tapi dalam sekolah rendah lagi, bawak motor mak aiii.... bukan main laju, tak pakai helmet pulak tu. Memang sah takde lesen, kekadang naik bertiga dengan adik-adiknya yang I rasa tak sampai 3tahun, kalaulah jatuh, terlanggar orang ke apa-apa, macammana, sape nak jawab, nanti jadi macam iklan kat radio tu 'alahai anak abah'. Jadi kepada parents tolonglah pantau anak2 tu sikit, jangan nanti menyesal, atau buat orang lain menyesal. Kalau lah parents takder kat umah masa tu, sorokkan kunci motor tu. Kalau anak2 dengan bibik kekadang bibik tu tak kuasa nak larang. Ingattt!!! Jangan jadi macam Aminurrasyid!Sekarang tak tau nak salahkan siapa.

Saturday, April 17, 2010

sekolah mana


Anak pertama I nak masuk darjah satu tahun depan, tak tau nak antar pegi sekolah mana, I daftarkan sekolah yang agk jauh sebab I rasa sekolah tu bagus. Tapi nak hantar nak ambik...mmmm macam tak mungkin plak. Tapi nak hantar ke kawasan rumah I, I takut nanti anak I tak 'selamat.' Alih-alih I nak antar pegi sekolah agama dekat gak ngan umah I, sebab budak sebelah mah sekolah sana dan I tengok attitude dia memang ok gak. Tapi mungkin parent dia pandai didik anak kot. Anak sulung I ni manja sangat, lelaki sebab jarak dengan adik2 dia jauh gak, penagsuh ramai, papa dia memang all the time yes, yes, yes. Tapi problemnya nak masuk ada ujian, ini yang menakutkan I. Boleh ke dia buat. Baca pun tak berapa pandai, ada lagi sebulan setengah lagi nih. So sekarang I memang dah jadi part time guru tuisyen dia, itulah dulu semua serahkan kat cikgu skolah dia. Beli macam2 buku, tapi nak pujuk soh belajar mak aiii, pening kepala dok fikir macammana. But i'll try my best. Nampak macam ok cikit. Harap2 berpanjangan lah. Kadang2 terdetik kat hati kalau anak aku masuk skolah ni I kena berubahlah, nanti mahu dia berceramah dengan I, mulut dia tu mak aiiiii boleh tahan gak ler. Ye la itukan skolah agama, mama dia ni kan 'rock' lagi. Tapi bila pikir2 balik memang harus hantar ke skolah ni sebab mama dia memang dah 'rock' tak tau bila nak betulnye, jadi biarlah anak I di beri pendidikan agama yang secukupnya dan yang sebetulnya kat skolah tu, walaupun sepatutnyaI yang harus jadi pendidik dia dulu. Harap2 nanti ada sesuatu juga untuk mama ngan papa. Zeeshaan do ur best dan jadi contoh untuk adik Nabil dan Zulaikha ok. Wassalam.

Thursday, April 15, 2010

kahwin warganegara asing, perspektif masyarakat

Hmmmm.... kahwin dengan warganegara asing????. Sekarang ramai rakyat malaysia yang kahwin dengan warganegara asing (termasuklah mummy gaga sendiri), tak kira perempuan atau lelaki, tak kira bangsa dan agama. Rata-rata orang cakap pasal hal ni, sama ada baik atau buruk. Baik sikit, buruk banyakkkk!!!. Tapi betul ke banyak buruk dari baik?. Kalau cakap kahwin dengan orang luar ni mesti tanya
"orang mana? ", kalau cakap dengan "orang putih" mesti dapat feedback "wow"!!!! Mana kau jumpa? Mesti handsome kan! Mesti dia romantik gilerrr, anak kau nanti mata birulah, tak ade ke kawan-kawan dia yang single, tolong introduce kat aku. Apa orang kata, boleh angkat hidung tinggi2 walau hidung tak mancung macam husband kita,he he he. Kalau cakap kahwin dengan dengan orang dunia ketiga iaitu a'bangla', atau mamat pakistan, muka diaorang 'sure'nye lain. Kalau kawan tu jenis nak jaga hati kita dia akan cakap oh ye ke, kau cakap bahasa apa dengan dia?. Kalau yang mulut memang tak ada insurans dia akan cakap 'apa orang pakistan??? eeeiii dia tak kuat cemburu ke? kau masak capati ler hari2, kau dah tak boleh bersosial lah yer, kau itu kau ini dan yang paling menyampah dengar (maaf 18sx) dia kuat @$#* tak? eiiii berbulu telinga dengar. Yang hampeh sekali kalau yang memang tak berpengetahuan luas akan cakap 'dia dah masuk islam ke'? Hello ok tolong belajar sikit. Itulah yang i kena dengar saban hari. DISKRIMINASI......tak payah cakap nasi baiklah I ni jenis yang memang kebal. Semua tu pendamkan saja. Untuk pengetahuan semua i ni ada bisnes sendiri, tentunya dengan husband i dan i ada cawangan di satu kompleks kerajaan ni di mana mostly orang melayu le kat situ. Bayangkan feedback orang orang kat situ dengan i dan husband i, mula2 tu memang bertempayan jugak air mata ni tumpah. Tapi nasib baik husband i bagi kata semangat, macam macam hal jadi sebab tak puas hati ada orang pakistan berniaga kat situ. tapi kita orang tak ambik port sangat, cuma kekadang husband i memang ler terlepas. I selalu marahkan dia jangan balas, diamkan aja. Tapi lama2 I pulak jadi macam dia (sikit2 jer la, he he he...) sebab yang dah terpendam kot lama2 meletup jugaklah. I pernah tengah pantang terpaksa kehulu kehilir sebab ade aje yang nak buat hal. Keluar masuk balai polis jangan ceritalah, semua tu dengkiiiii...!!!!! Tapi nak cakap macammana kan memang sikap orang melayu macam tu kan. Tapi alhamdulillah berkat kitaorang bersabar dan selalu buat 'donno' saja lama2 benda tu kurang. Tapi tak tau ler belakang kitaorang. Korang semua tahu tak apa yang paling pedih mereka cuba menidakkan hak i, I ni orang melayu kan? Mereka cuba nak sekat rezeki I, ada meeting aje keluar pasal pakistan ni. Habis kalau diaorang sekat rezeki 'pakistan' ni, diaorang jugak sekat rezeki pompuan melayu ni, anak2 dia sekali, parents dia, adik2 dia. Takkan sebab i kawin dengan pakistan i nak kena jadi 'pengemis'. I tak boleh hidup senang macam diaorang? I kena ikut husband I balik sana!! Excuse me....tapi alhamdulillah rezeki i bertambah. Dapat tambah cawangan. Mak ooii lagi ler berbulu diaorang ni. Tapi apapun I berterima kasih dengan orang yang back-up I. Mungkin tanpa diaorang ni I pun tak dapat sukses macamni. Hhaaa...! ada satu lagi ada sorang "kawan" ni. Selalu sangat perli cakap my husband ni 'sayang 'sangat kat i ni sebab i ni selalu kat umah tak datang tolong buat bisnes dengan husband I. Sekali sekala aje nampak muka. Sebab dia ingat I ni dah jadi typical bini pakistan yang kena duduk rumah buat keja rumah dan jaga anak2, hellloo kawan, my husband sediakan I 2 maid untuk buat keja rumah dengan jaga anak, dan kemudahan yang lain lain. Satu lagi yang i sakit hati bila diaorang cakap tak takut ke dia kawin satu lagi kat sana nanti (kat pakistan) atau dia tak ada bini ke kat sana? Helloo kawan, kenapa soalan tu nak ditanya kat I kat sini saja dah berlambak kita tengok husband curang, depan mata korang pun bersepah, tak pulak korang nak tanya, but WHY ME???? apa yang nak jadi dengan my life biarler I jaga sendiri. Jaga jelah tepi kain korang tu. Tapi alhamdulillah takat sekarang ni takderla benda2 camgitu. Without my awareness tak taulah kan. Wallahuallam. My husband bukan typical pakistani ok. His an educated one. Mungkin ada juga dia punya mind macam typical pakistani tapi yang acceptable dan yang boleh di ubah. I bukan nak kata yang my husband bagus tapi tak worse macam sesetengah pakistani yang i kenal. Mungkin tu lah yang i pun kena penangan sekali macam orang kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Sebab I memang ada kenal dengan pompuan2 melayu yang kawin dengan pakistani ni. Memang I rasa bertuah sangat berbanding dengan diaorang ni. Memang life sesetengah diaorang ni macam typical pakistani woman tapi satu you need to earn money. Tak macam pakistani woman kat sana duduk rumah jaga anak, jaga rumah, jaga laki. Tapi tak taulah, cuma sekarang ni I nak tanya kepada korang2 kat luar sana yang kawin orang asing tak kira lah dari mana. Hows ur life?. Banyak lagi I nak luahkan ni sebenarnya tapi lain kali lah ok. Bye wassalam.